Monday, September 28, 2009



















PROJEK PERUSAHAAN TERNAKAN UDANG GALAH 2009

Di sediakan Oleh : Mohd Hanafi Bin Mohd Zulkifli

Tujuan Penyediaan : Bagi Mendapatkan Dana serta pelabur
Yang berminat.

Lokasi Rancangan : Kawasan bekas Tanah Sawah, Kampung Bukit
Tempurung, Kuala Jempol, Negeri Sembilan.

Anggaran Kasar
Modal Keseluruhan : RM155,000.00


PENDAHULUAN


Kertas ini di buat bagi mendapatkan pinjaman modal bagi menjalankan aktiviti penternakan, membeli peralatan, makanan penternakan,serta memberikan gambaran perjalanan projek yang di mulakan. Kertas ini juga boleh di jadikan sebagai rujukan bagi mereka yang ingin mengkaji, serta mempelajari bagaimana ingin memulakan projek ternakan Udang Galah.

LATAR BELAKANG BIDANG

Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2000). Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah. Terdapat juga program pembangunan pertanian kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies tumpuan untuk dimajukan, malah ada daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing. Sebuah ladang akuakultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia.

2. PEMILIHAN TAPAK

Tapak yang sesuai menjadi asas kepada kejayaan projek. Tapak yang sesuai akan memudahkan pengurusan, mencepatkan kerja seterusnya kos pengendalian juga rendah.

2.1 Sumber Air

Sumber air yang baik bermakna ia tidak tercemar, banyak dan bekalannya berterusan (walaupun di musim kemarau). Ini bermakna nilai pH sekitar 6.5 - 8.5, kandungan oksigen > 3.0 mg/l. Paras pencemaran biasanya ditentukan dari segi nilai keperluan biokimia (BOD) dan bacaan <>

\2.2 Pemilihan Tanah Sesuai.

Bermakna ia tidak masam dan tidak terlalu beralkali, dapat menakung air, bukan kawasan pelupusan sampah, kimia atau bahan radioaktif.



2.3 Mempunyai Kemudahan Asas


Ini termasuk jalan dan bekalan elektrik. Kemudahan asas ini boleh dibina sendiri atau menggunakan jentera penjana kuasa tetapi memerlukan belanja yang tinggi.

2.4 Lokasi
Bermakna tidak terlalu jauh dari tempat pemasaran, mudah diawasi sepanjang masa, mudah mendapatkan pekerja, bukan kawasan banjir.



2.5 Di luar Zon Pembangunan Perindustrian dan Penempatan Penduduk
Pembangunan kerapkali mencemaran sumber air menjadikannya tidak sesuai untuk aktiviti akuakultur.



3. PEMBINAAN KOLAM



3.1 Kolam Tanah


Tumbesaran udang galah dalam tangki simen dan sangkar tidaklah secepat dalam kolam tanah. Dijangkakan makanan semulajadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan mereput menjadi penyebab perkara ini.






Contoh Tanah Sawah yang di bangunkan



4. PENYEDIAAN KOLAM


4.1 Pemeriksaan awal


Kawasan sekeliling dan dalam kolam lama perlu dibersihkan dari pokok-pokok liar, rumput rampai dan segala tumbuhan yang tidak diperlukan. Ban yang rosak perlu dibetulkan. Kebocoran kolam perlu dibaiki. Segala peralatan lama yang tidak lagi berfungsi hendaklah dibaiki atau diganti baru.

4.2 Pengeringan


Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit). Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari pula mencepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam. Jangkamasa pengeringan antara 1 - 2 minggu biasa dibuat, walaubagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.

4.3 Membuang lumpur


Kolam telah kerap diguna kerapkali mengumpul lumpur di dasarnya. Lumpur yang terlalu tebal tidak sesuai kerana ia menjadi perangkap makanan yang diberikan lalu tidak dapat dimunfaatkan oleh udang. Perkumpulan makanan dan najis dalam lumpur ini juga akan mengujudkan lapisan dimana proses pereputan berlaku secara anaerobik dan ini membina bahan dan gas toksid di dasar kolam. Pendedahan lapisan ini kepada air akan membebaskan bahan toksid ini kepada udang / ikan menyebabkan berlaku kematian dalam jumlah besar. Semasa penjaringan, lumpur juga menjadi tempat perlindungan udang dari ditangkap. Semasa pengeringan, keluarkan semua lumpur hitam di dasar kolam ini dan dedahkan kolam kepada cahaya matahari dalam jangmasa lebih panjang (1-2 bulan) untuk memuluhkannya.



4.4 Membilas


Kolam baru digali perlu dibilas bagi menghilangkan bahan-bahan beracun yang mungkin terdapat di dalam tanah atau hasil tindakbalas kimia antara permukaan kolam dengan udara. Pembilasan sekali atau dua kali elok dilakukan. Kolam telah lama diguna biasanya tidak perlu dibilas.


4.5 Meracun


Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Gunakanlah bahan racun organik. Contoh racun ikan adalah akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau. Bagi mengurangkan penggunaan racun, kedalaman air kolam perlu dikurangkan ke takat minimum. Bisa racun akan menurun oleh pencairan air hujan. Racun dari bahan organik juga kurang berbisa jika disimpan lama, diserangan kulat dan lembap oleh hujan dan embun. Sekiranya diguna hampas biji teh, kadar untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10mg/l manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan. Sekiranya timbul masalah ikan liar masuk ke kolam udang, racun hampas biji teh ini boleh juga diguna kerana ikan sahaja yang akan mati kerana kadar kematian kepada udang galah adalah sekitar 1340 mg/l (Chang, L. W. dan K. S. Ong, 1978). Setelah sehari digunakan, kebanyakkan racun organan akan hilang bisanya.


4.6 Mengapur


Kolam dikapur dengan tujuan:
Menstabilkan pH
Meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam
Membunuh ikan liar (pemangsa)
Menghapuskan organisma patogen (musuh)
Menegapkan dasar kolam
Menggalak proses udang bersalin kulit
Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:
Kapur abu panas (quicklime - CaO): - berkesan cepat, jangkamasa berkesanan pendek.
Kapur batu putih [lime stone - Ca(CO3)2], berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa kekesannya panjang.
Kapur abu sejuk (slake / hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang.
Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar 1kg/10m�.


4.7 Membaja


Kolam dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air. Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organan dan baja kimia. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organan yang biasa digunakan, walaubagaimanapun dalam Kod Amalan Baik Akuakultur yang sedang diterapkan Jabatan Perikanan dalam industri akuakultur agar memenuhi piawaian antarabangsa, penggunaan baja dari bahan najis haiwan ini tidak digalakkan dengan alasan kebersihan dan kesihatan kepada pengguna. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m�/minggu.


4.8 Pengairan


Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukkan haiwan pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.
Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang/ikan adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m� tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang tersangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimunafaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.
Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi membantu menambah kandungan oksijan dalam air ketika waktu malam.


5. KELENGKAPAN KOLAM


Pengurusan ternakan yang cekap bukan sahaja memerlukan lokasi dan rekabentuk kolam yang baik tetapi juga perlukan peralatan yang sesuai. Peralatan tersebut membantu pengendalian ternakan dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Antara peralatan yang perlu adalah:


5.1 Alat pengudaraan


Ini adalah alat terpenting untuk sistem ternakan udang galah secara intensif dan juga pusat penetasan ikan. Kepadatan ternakan 10/m� atau kurang tidaklah memerlukan alat pengudaraan sekiranya kadar tukaran air memadai. Beberapa alat pengudaraan terdapat dipasaran. Pengubahsuaian dari alat lain juga boleh dilakukan bagi mengurangkan kos. Alat pengudaraan yang biasa adalah kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air.








Kincir air





Aire-O2





Penyembur angin (air blower)


5.2 Struktur pelindung


Struktur pelindung dalam kolam udang perlu sebagai tempat persembunyian terutama ketika udang bersalin kulit. Udang mempunyai tabiat suka memangsa sesama sendiri (karnibalisma) ketika ini. Contoh bahan pelindung adalah jaring, paip PVC, batang buluh, pelepah kelapa, tayar kenderaan dan raga buluh/rotan.


5.3 Peralatan Kaji Mutu Air


Alat terpenting adalah DO meter, untuk menyukat kandungan oksigen dalam kolam. Paras oksigen dalam kolam perlu sentiasa tinggi (>3 mg/l atau lebih) kerana tumbesaran udang akan terencat dalam kandungan oksigen kolam rendah. Paras yang lebih rendah (<1.0>

5.4 Peralatan lain

Pam air diguna untuk mengeluarkan air dari kolam ketika pengeringan, ia juga boleh diguna untuk pengudaraan.
Bekas makanan biasanya berbentuk empatsegi, diperbuat dari jaring halus dan berbingkai kuat (logam, kayu, buluh, rotan). Sebahagian makanan dimasukkan ke dalam bekas ini dan diletak di beberapa tempat di dalam kolam sebagai alat penyukat makanan.
Tangki diperlukan untuk menyimpan udang sebelum dipasarkan. Tangki biasanya dibuat dari bahan simen atau gentian kaca. Tangki gentian kaca mudah di pindahalih ke tempat lain.
Alat penimbang diguna untuk menimbang udang ketika persampelan, untuk menyukat makanan dan diguna ketika pemasaran.
Jala diguna untuk mengambil untuk persempelan. Jaring pula diguna ketika mendaratkan udang untuk jualan.
Pejabat pentadbiran biasanya terletak dalam kawasan kolam. Segala maklumat berkaitan kolam dan ternakan terdapat di sini. Pusat operasi ini diketuai oleh pengurus atau tuan punya ladang. Stor untuk menyimpan makanan, peralatan dan bahan kimia biasanya terletak di kawasan pejabat. Makanan dan bahan kimia pula disimpan dengan sempurna dalam stor. Pegawai Keselamatan diperlukan bagi menawasi kompleks kolam. Pondok kawalan pula biasanya terletak di pintu masuk kompleks.
Kenderaan diperlukan ketika pemberian makanan, membawa kelengkapan, pemasaran, membawa benih dan sebagainya. Kerja-kerja meninjau kolam, pengangkutan barang dan kakitangan juga memerlukan kenderaan. Kompleks kolam yang besar biasanya mempunyai berbagai kenderaan bagi tujuan dan fungsi yang berlainan.




16 comments:

  1. hi nak tahu bagaimana projek berjalan?...

    ReplyDelete
  2. Kalau perlukan krisik untu dijadikan bekalan makanan. Kami sedia menerima tempahan

    ReplyDelete
  3. Pembinaan kolam udang ni kalau takde kos rm1juta tak payah lah bermimpi nak buat penternakan udang.

    ReplyDelete
  4. Pembinaan kolam udang ni kalau takde kos rm1juta tak payah lah bermimpi nak buat penternakan udang.

    ReplyDelete
  5. Berminat dan sedang buat analisis tentang ternakan udang galah...thanks tentang maklumat yg di beri..soalan..ada tak tempat kursus pembenihan udang galah

    ReplyDelete
  6. Berminat dan sedang buat analisis tentang ternakan udang galah...thanks tentang maklumat yg di beri..soalan..ada tak tempat kursus pembenihan udang galah

    ReplyDelete
  7. Berminat dan sedang buat analisis tentang ternakan udang galah...thanks tentang maklumat yg di beri..soalan..ada tak tempat kursus pembenihan udang galah

    ReplyDelete
  8. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Glory Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Salam
    Sy pembekal benih udang galah.Jika berminat blh hubungi sy 0164002280

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Nak tanya encik dok area mana? Masih supply anak benih udang galah lg X? Berapa seekor? Kira mcm mn kalau nak beli?
      Boleh whatsapp saya di no 014-9722577 utk maklumat lanjut?
      Terima kasih..

      Delete
  10. Saya ada membuat benih udang galah di teluk intan Perak..jika ada sapa2 berminat boleh hubungi saya 0198930884(Shah)

    ReplyDelete
  11. Halo nama saya rida yahya, saya dari java Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk hidup saya dan menggunakan syarikat (Syarikat Pinjaman Asmara Hasan) untuk mengubah hidup saya dari menjadi miskin menjadi kaya, saya mempunyai masalah kewangan dan ia sangat buruk dan sukar tetapi terima kasih atas kejujuran syarikat. SYARIKAT PINJAMAN ASMARA HASAN yang menolong saya dengan pinjaman 380 juta dan sekarang saya mempunyai pindahan pinjaman ke akaun bank saya dan saya hanya membuat pembayaran untuk memindahkan pinjaman saya tanpa menambah kesakitan dan sekarang saya dan keluarga saya bekerja dengan baik dan sekarang saya wanita perniagaan yang baik.

    Sekiranya anda mengetahui bahawa anda memerlukan pinjaman dengan segera, saya akan mengesyorkan anda kepada Puan Asmara. di E-mel :: asmarahasanloancompany@gmail.com

    Sekiranya anda mahu, anda masih boleh menghubungi saya ridayahya1234@gmail.com
    Dan anda juga boleh menghubungi nombor WhatsApp Puan Asmara +1 (802) 695-0723 yang jujur

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum
    Nama saya Farliyana Albaid dari Kuala Lumpur, saya ingin berkongsi kesaksian hidup saya di sini di platform ini supaya semua pencari pinjaman akan berhati-hati tentang peminjam di internet

    Setelah beberapa lama cuba mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk memohon pinjaman dalam talian tetapi saya ditipu dan hilang RM6400 kepada seorang lelaki di Afrika. Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan kawan saya Encik Mohd Farid bin Ahmad yang kemudian memperkenalkan saya kepada Puan Helen Wilson. Jadi rakan saya meminta saya memproses pinjaman saya dengan Puan Helen. Jadi saya menghubungi Puan Helen melalui e-mel: helenwilson719@gmail.com dan juga pada WhatsApp: +1-585-326-2165

    Saya memohon pinjaman sebanyak RM120,000 dengan kadar faedah sebanyak 2%, tidak lama lagi pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persediaan dibuat untuk pemindahan kredit, kerana ia tidak memerlukan jaminan dan penjamin untuk pemindahan pinjaman, Saya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari 4 jam, wang pinjaman saya dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan RM120,000. Saya sangat gembira bahawa akhirnya ALLAH telah menjawab doa saya dan dia telah memberikan saya keinginan hati saya.

    Semoga ALLAH memberkati Puan Helen Wilson yang memberi saya kehidupan yang adil, jadi saya menasihatkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Helen melalui e-mel: (helenwilson719@gmail.com) dan WhatsApp: +1-585-326-2165 untuk pinjaman anda

    Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca kesaksian sebenar tentang hidup saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa kepada ALLAH untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui e-mel saya: (farliyanaalbaid@gmail.com)

    Semoga kedamaian, rahmat, dan rahmat Allah juga bersamamu..

    ReplyDelete
  13. 1xbet korean - Sports Betting Korean
    1xbet korean. Sportsbetting 1xbet 가입 Korean. Sportsbetting Korean. Sportsbetting Korean. Sportsbetting Korean. Sportsbetting Korean. Sportsbetting Korean. Sportsbetting Korean. Sportsbetting

    ReplyDelete
  14. Harrah's Hotel And Casino - MapyRO
    Find Harrah's Hotel And 영주 출장샵 Casino information, 창원 출장샵 maps, photos, opening times and a map of Harrah's Hotel 김제 출장마사지 And Casino in 부천 출장샵 Joliet, 남원 출장샵 IL.

    ReplyDelete
  15. Kami berada di sini untuk menyediakan pinjaman dari minimum $ 10,000.00 hingga maksimum $ 100,000,000.00, iaitu jika anda ingin memohon dalam dolar. Walaupun anda dari Indonesia, anda boleh memohon pinjaman sekurang -kurangnya Rp100Juta maksimum Rp 25 bilion jadi walaupun anda dari Malaysia, anda boleh memohon pinjaman minimum RM 30k dan maksimum RM 850k. Anda juga boleh memohon dalam mata wang lain yang tidak disebutkan di atas, kami sentiasa berada di sini untuk memberikan pinjaman yang anda perlukan untuk menampung semua perbelanjaan kewangan anda pada kadar yang sangat rendah, seperti yang telah kami lakukan selama bertahun -tahun dan telah berjaya dan bermanfaat untuk kedua -duanya Pemberi pinjaman dan peminjam, jadi kami mempunyai testimoni di mana -mana <<<< >> >> Testimoni terakhir adalah Farouk dari Malaysia dengan jumlah RM 2.3 juta dan juga Indra dari Indonesia dengan sejumlah RP 570 Juta, jadi tolonglah t tetap selain urus niaga yang sangat mesra kepada pelanggan ini <<<< >>>>>>>

    Butiran hubungan ada di bawah

    Nama Syarikat: Syarikat Pinjaman Iskandar Lestari
    e_mail ::> [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp :: [+6282274045059]

    ReplyDelete